Kopi tulen diiringi banyak cerita yang menarik. Afrika misalnya dikatakan perkampungan kopi tulen kerana akar tumbuhan ini mula dijumpai di Afrika. Pada ketika itu, system penghambaan diamalkan dan jualbeli hamba dilakukan antara Afrika, Yemen dan Semenanjung Arab. Kopi tulen ini turut dibawa ke tempat-tempat itu.

Pada abad ke 5, Yemen memulakan tenaman kopi. Pada masa itu, Semenanjung Arab mempunyai pelabuhan yang paling sibuk di dunia iaitu di Bandar Mocha. Walaupun ekspot benih kopi diharamkan tetapi penyeludupan tumbuhan dan benih kopi berjaya ke Holland pada tahun 1616. Menurut sejarah, “café” yang pertama dibuka di Mekkah.

Holland, yang mempunyai tanah jajahan di kawasan Asia memulakan tanaman kopi I India. Pada tahun 1699, kopi dibawa ke Indonesia. Di Bandar Venice di Eropah, “Café Eropah” memulakan perniagaan pertama pada tahun 1683. Care yang paling mashyur bernama Café dan dikatakan masih menjalankan perniagaan sehingga kini.

 
 
   

Pada tahun 1688, ramai menganggap minum kopi sebagai suatu “kegilaan”. Selepas itu, “Café” mula muncul di New York, Boston dan bandaraya-bandaraya lain di Amerika.

Bangsa Holland yang memperkenalkan kopi ke Amerika Tengah dan Selatan, tetapi orang Inggeris yang membawanya ke Jamaica. Hawaii ialah kawasan tanaman kopi tunggal di Amerika. Buat masa ini, Brazil ialah pengeluar kopi terbesar di dunia. Ia manghasilkan sebanyak 80% kopi di dunia. Columbia, pembekal kedua menghasilkan sebanyak 12% kopi. Menurut data, pokok kopi pertama ditanam dengan berjaya di Taiwan pada tahun 1844 dan kemudiannya dibawa ke China. Daerah Binchuan di Yunnan merupakan daerah pertama menanam kopi.

Menurut laporan, kopi di Malaysia dibawa oleh seorang pegawai tentera Inggeris seman penjajahan Inggeris. Walaubagaimana pun, tanaman ini diserang serangga perosak sebaik sahaja mengeluarkan hasil. Bagi mengatasi masalah ini, pegawai tersebut telah membawa sejenis burung iaitu burung gagak dari tanahairnya. Malangnya, burung itu mendatangkan masalah lain.

Kini, Kopi telah menjadi sebahagian daripada kehidupan social. Ia juga digemari generasi muda.

 
         

  Copyright © 2004 Amecrown Marketing (M) Sdn Bhd. All Rights Reserved. Designed By :: @ ::